Salam kembali. Aku terpanggil untuk berkongsi dengan rakan-rakan tentang tajuk di atas. Sememangnya sudah terlalu banyak tanda-tanda ke arah itu (akhir dunia) atau lebih tepat lagi Kiamat. Bukan hasratku untuk mengulangkaji tanda-tanda hampirnya hari kiamat itu pada kali ini kerana terdapat banyak buku-buku/kitab-kitab yang menerangkanya; aku sekdar mahu berkongsi apa yang terjadi dalam sehari dua ini yang sampai ke pengetahuanku.
Pada hari Rabu lepas (21/7/10), semasa mengikuti kelas pengajian Pak Sheikh, kami telah diberitakan tentang kematian Habib Najib As-Sagaff di Solo, Indonesia. Untuk pengetahuan dan ingatan, allahyarham Habib adalah salah seorang orang kuat Habib Anis yang telah kembali ke rahmatullah pada dua tahun lepas. Habib najib adalah salah seorang pengasas As-Sagaff Foundation di Solo. Organisasinya mantap dan agak kehadapan. Umpamanya, Kumpulan As-Sagaff mempunyai stesen TV sendiri selain sekolah, klinik dsb. Habin Najib juga sangat senang berkunjung ke tempat kami. Kali terakhir beliau datang adalah semasa Maulud yang baru lalu. Beliau telah datang ke sini 3 hari sebelum majlis sebenar berlangsung....
Apa yang ingin ku kongsikan adalah tentang ramainya para-para alim ulama yang meninggal dunia sekitar tahun ini dan tahun lepas. Antaranya Habib Ali bin Jaafar Al-Idrus, di Batu Pahat. Ya begitulah, salah satu tanda dunia menuju ke akhir zaman adalah apabila Allah mengangkat ilmu ugama dari dunia ini. Cara Allah 'angkat' bukan dengan tangan/terbangnya ilmu itu, tetapi dengan ramainya kematian para alim ulama sehingga berkurangan atau tiada lagi orang alim di atas muka bumi ini. Maka jadilah manusia hidup di dalam kesesatan dan kekufuran! Sebagai pedoman diriku dan semua, marilah kita sama-sama mengejar/menuntut ilmu ugama ini selagi masih terdapat para alim ulama dan yang lebih penting lagi, marilah kita sama-sama mengamalkannya. "Ilmu tanpa amal itu sia-sia". "Amal yang sedikit tapi istiqomah adalah lebih baik dari ilmu yang banyak tetapi tidak diamalkan". Usia ku pun sudah menjangkau 43 pada tahun ini (mengikut kalendar Masihi). Kalau mengikut Imam Al-Ghazali, barang siapa yang telah menjangkau umur 40 tahun di kategorikan sebagai 'tua' dan seharusnya banyak mengingati mati. Bukan sahaja setakat 'ingat' tetapi berusaha membuat persiapan menuju ke sana. Umpamanya, pada umur 40 tahun, Imam Shafie telah mula menggunakan tongkat walhal fizikalnya masik kuat. Apabila ditanya mengapa bertongkat, beliau memberitahu bahawa ianya salah satu cara untuk mengingati mati (kerana lazimnya tongkat itu digunakan oleh orang yang lemah).
Wallahu'alam.