Hari ini (29/5/10) merupakan sambutan Hari Bahtera Merdeka JISADANI dan MIJH. Pelbagai aktiviti telah diatur mulai jam 8.00 pagi hingga 11 malam. Program ini diadakan sempena kemasukan pelajar-pelajar JISADANI ke bangunan baru (dinamakan "Balai Besar") pada hari Isnin, 31 Mei 2010 nanti. Alhamdulillah, dua dari puteriku belajar di sini. (InsyaAllah, 3 lagi akan menyusul bila tiba waktunya). Walaupun JISADANI baru memasuki tahun ke-2 pada tahun ini, nampaknya dan InsyaAllah, ada kemajuan dan visi tersendiri. Semoga Allah memberkati usaha kami ke arah melahirkan generasi yang mengamalkan fahaman Ahli Sunnah Wal- Jamaah dan seterusnya menyambung kesinambungan perjuangan ketika ini, Amin!
Melihat kepada kehidupan masyarakat dikala ini amat menyenakkan perut kami. Jika dibaca berita-berita di akhbar, rasanya mahu saja di'kurung' anak-anakku di dalam rumah. ALhamdulillah, di perkampungan Jenderam ini, para ibu bapa masih boleh 'melepaskan' anak mereka untuk bermain-main di sekitar rumah atau di dalam perkampungan ini. Jika agak terlewat menjemput mereka dari sekolah pun kita tidak merasa terlalu gusar. Sikap ambil peduli jiran tetangga dan guru-guru amat dihargai di sini. Dengan pelbagai aktiviti dan majlis keugamaan yang kerap diadakan, anak-anak tidak merasa kekok untuk ke masjid, malah ternanti-nanti untuk ke masjid. Sesuatu yang sukar ditemui di zaman ini. Alhamdulillah, moga-moga situasi ini akan berkekalan hingga ke jenerasi-jenerasi yang akan datang.
No comments:
Post a Comment