Pada kali ini saya ingin imbas kembali apa yang telah diperkatakan oleh Ustaz Ramli (kalau tak salah) dari SRA Jenderam Hilir semasa majlis sembahyang hajat & bacaan yaasin sempena pelajar-pelajar akan menghadapi UPSR & PSRA tidak lama lagi. Apa yang beliau kongsikankan adalah tentang empat tanda-tanda bagi sesoarang yang bahagia hidupnya. Beliau mendapat ilmu/nasihat ini dari Tuan Guru Haji Hashim, Pondok Pasir Tumbuh. Tanda-tandanya adalah seperti berikut:
1) Senang untuk berbuat kebajikan/kebaikan
Ertinya seseoarang yang bahagia itu amat senang melakukan ibadat kepada Allah. Ibadat ini bukan hanya apa yang diwajibkan atau difardhukan tetapi juga mengerjakan perkara-perkara kebaikan samada sesama manusia atau makhluk ciptaan Allah. Selaras dengan itu, Tn. guru Ustaz Hafidz semalam semasa membaca tafsir Nurul Ehsan juga ada menyatakan bahawa tiada istial 'rehat' atau 'cuti' bagi orang mukmin. Maknanya jika kita benar-benar seorang yang beriman kepada Allah, kita akan sentiasa 'berkiblatkan' kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Tidak kiralah samada kita memegang tugas atau jawatan yang berkaitan ugama atau tidak. Hatta, oarng yang pegang jawatan ugama pun lazimnya 'cuti' juga, umpamany seseorang bertugas di pejabat ugama, ianya akan bertugas dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 ptg sahaja. Itu makan gaji namanya! Setiap dari kita, contohnya ibubapa hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak kita supaya taat dengan perintah Allah, disamping tugas-tugas kita yang lain. Apa akan jadi jika kita 'lalai'/'rehat'/'cuti' dari melihat anak-anak kita, tentunya merekan akan melencong dan membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Itulah maknanya sebagai orang mukmin, tiada istilah 'cuti' bagi kita.
2) Senang untuk bertaubat
Orang yang bahagia akan sentiasa dalam berjaga-jaga atai beringat-ingat agar tidak melaukan kesalahan samada sesama manusia apatah lagi dengan Allah. Oleh itu, beliau akan sentiasa atau mudah untuk memohon maaf atau beristighfar atau bertaubat. Ini juga adalah ciri-ciri orang yang tawaduk atau merendah diri kepada Allah. Didalam kitab Minhajul Abidin ada disebut dan dihuraikan sifat Takabur sebagai salah satu sifat yang tidak baik dan berdosa besar. Maka lawan sifat takabur adalah twaduk/merendah diri...
3) Taat kepada kedua ibubapa
Orang yang bahagia juga merupakan seorang yang taat dan patuh kepada kedua ibubapanya. Dia akan sentiasa menyantuni dan menghormati kedua ibubapanya. "Redha Allah (adalah dengan sebab) redha ibubapanya". Begitulah besarnya 'kuasa' yang ada pada kedua ibubapa kita, sehingga Allah tidak akan redha kepada sesorang jika ibubapa tidak redha kepadanya.
4) Mempunyai anak-anak yang soleh/taat kepada ibubapanya
Selaras dengan ciri yang ke-3 di atas, biasanya jika kita taat kepada ibubapa kita, insyaAllah anak-anak kita juga akan turut mentaati kita. Ini kerana anak-anak melihat kita sebgai contoh dan tauladan. Teringat saya kata-kata seorang juruhebah dari radio IKIM, didiklah anak-anak kita sebaiknya kerana "anak-anak merupakan zaman sialam kita".
Sekadar itu untuk kali ini. Apa yang terlintas difikiran saya setelah membaca, mendengar dan meneliti pekembangan dunia hari ini, kita sebagai umat islam perlu memahami islam itu dengan sejelas-jelasnya dan mengamalkannya. Kurangkan bercakap kosong atau sia-sia, banyakkan amal atau kerja. Sememangnya dunia semakin tua dan menghampiri hari qiamat tapi kita mesti buat kerja sekarang demi masa depan anak cucu kita kelak. Mungkin kita tidak sempat merasai hasilnya sekarang tetapi anak cuc kita insyaAllah masih lagi dapat mengamalkan ajaran Islam sebaiknya. Amin.
No comments:
Post a Comment