Friday, May 7, 2010

Umat Akhir Zaman

Jumaat (7 Mei, 2010)

Sudah agak lama tidak masuk ke blog sendiri. Nak kata sibuk, memang 'sibuk' dengan PhD ku, tapi bila difikirkan 'output' yang dikeluarkan tak lah sebanyak mana. Dalam pada tu, adalah juga beberapa perkara yang boleh aku 'banggakan' setakat ini. Disamping membantu diri sendiri dan keluarga, aku juga membuat sedikit sebanyak kerja amal, Alhamdulillah!.

Teringat janjiku kepada Tuan Haji Shahril ketika kami sama-sama bermusafir ke Singapura semasa menghadiri jemputan Rasulullah S.A.W. di Masjid Ba'lawi, Habib Hassan bin Muhammad bin Salim Al-Attas - maulidurasul dan hol walid beliau. Aku menwarkan diri untuk menjadi salah seorang penyumbang kepada 'Newsletter' Yayasan Al-Jenderami yang akan diterbitkan. Niat serta azamku, jika aku tidak boleh menyumbang dari segi kudrat tenaga fizikal, sekurang-kurangnya boleh menyumbang melalui modal insan (intellectual capital) - selaras dengan tajuk PhD ku.

Umat akhir zaman, terutamanya umat islam masa kini dan aku percaya pada masa akan datang akan lebih mencabar selaras dengan sunnatullah, sehinggalah kebangkitan Nabi Isa alaihissalam, hingga kiamat. Namun, elok difokuskan kepada tajuk kali ini dan ketika ini, ertinya sekitar 5 tahun kebelakang dan 5 tahun kehadapan. "Umat akhir zaman adalah umat pakej".... demikianlah ucapan atau kata-kata Tuan Guru kami, Ustaz Hj. Mohd Hafidz bin Hj. Selamat, ketika menghuraikan Kitab Bahrul Mazi. Dari kata-kata serta huraian beliaulah maka aku terdetik untu menulis tajuk ini.