Friday, June 4, 2010

Macam-macam Ada.....

Salam,

Sudah 2, 3 hari rasanya aku tidak menulis di dalam blog ni. Sebelum ni, sibuk buat persiapan untuk jumpa dengan supervisors pada 2/6/10; dalam pada tu pulak sibuk untuk menyiapkan paper untuk di hantar ke ICICKM2010 di Hong Kong. Alhamdulillah, perjumpaan pada 2/6 hari tu berjalan lancar, cumanya banyak la pulak kerja yang perlu disiapkan. Pada kali ni, aku bertekad untuk 'pulun' habis-habisan dan aku akan buat jadual harian/mingguan untuk pastikan aku capai target menjelang akhir tahun ini. InsyaAllah, kalau ikut perkiraanku, aku mampu siapkan thesis ku pada pertengahan tahun depan (2011). Ertinya aku masih ada bulan, jika mengikut jadual UiTM tapi satu tahun jika ikut 'study leave' dari UNITEN. Masa ini akan ku gunakan untuk menulis dan memperbanyakkan publication ku. InsyaAllah, targetku selepas graduate nanti, kalau ada rezeki akan dapat Associate Professor. Sebenarnya, ini tidak susah sangat kerana gredku sekarang adalah setaraf dengan AP cuma disebabkan aku tiada 'DR', jadi pengurusan bagi aku Principal lecturer.

Banyak perkara yang berlaku minggu lepas - yang menjadi / menarik minat ku untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Umpamanya, serangan Israel terhadap kapal bantuan ke Gaza., rombakan kecil kabinet, dll.