Thursday, December 16, 2010

Kebesaran Ilahi - Pemerhatian Saya

Bertemu kembali kepada diri sendiri dan pengunjung blog saya.... agak lama juga saya tidak menjengah blog ini... Banyak juga perkara yang belaku semenjak kali terakhir mencatat di blog ini (September 2010). Rasanya kali terakhir saya mencoret adalah pada bulan ramadhan iaitu sebelum Hari Raya. Wah!!!, tip top tip top... masa berlalu begitu pantas. Peringatan dari Allah dan Rasul tentang masa memang seharusnya dititikberatkan dan benar-benar menghayatinya....

Pada kali ini saya terpanggil untuk mencoret sedikit pemerhatian (self-obvervation) saya tentang kehidupan kurniaan Allah kepada kita. Rangka coretan ini dibuat ketika menunggu sidang International Conference on Financial Criminalogy (ICFC2010) dijalankan pada 15 Disember 2010. Semianr ini diadakan di Wisma SSM-Sentral, Kuala Lumpur pada 14-15 Dis. 2010. Saya di'pelawa' hadir oleh pihak penganjur (Fakulti Perakunan, UiTM).

Pada hari pertama persidangan (14/12/10), saya menguzurkan diri apabila persidangan berhenti rehat untuk makan tengahari. Saya memang telah berazam untuk tidak makan di tempat-tempat syubahah yang diragui ke'halalan'nya dan salah satu tempat itu adalah hotel-hotel. Kalau pergi ke seminar/persidangan saya hanya akan minum sahaja (teh/kopi/air mineral), apatah lagi untuk hadir pada 'dinner' sebelah malamnya. Ok, berbalik kepada kisah petang itu, saya pergi ke Plaza Lowyat di Bukit Bintang (BB) untuk mencari/dapatkan software SPSS untuk menganalisa data kajian saya. Sememangnya, saya sangat terlalu malas untuk ke Kuala Lumpur apatah lagi dikawasan BB. Tapi kerana terpaksa, saya pergi juga kerana sudah banyak tempat saya tanya untuk dapatkan sofware ini tapi tidak ada. Alhamdulillah, saya berjaya dapatkan sofware yang dikehendaki.

Apa yang ingin saya kongsi di sini bukan pasal sofware atau BB tetapi pasal kekhusukan dalam sembahyang. Pada petang dan malam tu (asar, maghrib dan isyak), saya terasa sembahyang saya 'agak terganggu' lebih dari biasa dan saya berusaha mencari jawapannya. Dari pengamatan dan pemerhatian saya, saya rasa ketidak khusukan sembahyang saya dipengaruhi oleh 'perjalanan' petang tadi. Saya tidak begitu menjaga penglihatan saya semasa di Lowyat/BB. Sebetulnya agak sukar juga untuk menjaganya kerana rata-rata pemandangan di situ mengalpakan kita. Jadi, apa yang dapat saya rumuskan berdasarkan peistiwa petang tadi, kita perlu menjaga pancaindera kita selain dari jaga makan dan minum kita, untuk mengkhusukkan sembahyang (ibadat). Dalilnya, masa bulan puasa tahun ini (2010), ibadat terasa 'kuat/khusuk' (bukan nak riya', dengan izin) kerana semua ini dijaga - kurang makan (puasa) dan makan ayam HPA serta dimasak sendiri oleh isteri. Jarang sangat beli di bazar ramadhan, kalau adapun cuma beli air sahaja. Selain berbuka di rumah, juga berbuka di Masjid (YAJ) yang mana penyediaan makanan dan sumber dari yang diyakini halal dan ikhlasnya. Bualn puasa juga, tidak banyak keluar dari rumah, ajdi pancaindera terjaga/dijaga.

Kalau dikaji/diselami sejarah ulama-ulama dahulu, mungkin disebabkan untuk menjaga ibadat supaya kuat/khusuk, maka mereka suka tinggak di kampung-ka,pung atau kawsan yang tepencil atau mungkin bersolok/zawiah. Wallahu'alam.