Monday, July 26, 2010

Nisfu Syaaban & Kisah Wali

Bertemu kembali. Aku terpanggil untuk berkongsi cerita/pengalaman ini bersama rakan-rakan sekalian dan juga unutk ingatanku pada masa hadapan, jika dipanjangkan umur oleh Allah SWT.

Hari ini merupakan hari 15 Syaaban dan malam tadi merupakan malam nisfu Syaban (NS). Mengikut apa yang aku faham, "nisfu" itu bermaksud 'pertengahan'; jadi nisfu syaaban bermaksud pertengahan syaaban. Mengikut al-fadhil Sheikh, malam NS ini mempunyai banyak kelebihan dan 'power', sementelah bulan Syaaban itu sendiri mempunyai banyak kelebihan (sebagaimana bulan Rejab dan Ramadhan). Terdapat amalan-amalan tertentu yang seharusnya dilakukan pada hari 14 Syaaban dan malam NS (15 Syaaban) ini. Ringkasnya, kita kena isikan atau pertingkatkan amalan kita sepanjang bulan Syaaban ini, lebih-lebih lagi pada hari 14 dan malam 15 Syaaban. Ini adalah amalan ahli Sunnah wal Jamaah. Pedulikan pendapat sesetengah puak yang mengatakan bida'ah beramal pada malam NS (penerangan tentang bida'ah ini akan dibincangkan dalam kesempatan yang lain, insyaAllah).

Antara amalan-amalan yang disarankan oleh Sheikh pada hari 14 Syaaban adalah seperti banyakkan bersedekah, puasa, menghubungkan silaturrahmi, pendeknya memperbanyakkan kerja-kerja kebajikan. Apa yang menyentuh naluriku pada malam tadi dari syarahan Sheikh adalh supaya kita membuat kebajikan terhadap orang lain dulu umpamanya bersedekah, menolong orang, mendoakan kesejahteraan orang lain dan InsyaAllah, Allah akan mengurniakan nikmat balasan kepada kita pula. Ringkasnya, jangan semata-mata pentingkan diri sendiri tetapi lihatlah/bantulah permasaalahan umat.

Sehaursnya kita membuat persiapan awal sebelum menjelang malam NS. "Persiapan awal" di sini bermaksud kita hendaklah bersiap-sedia menunggu kedatangan malam NS bukan hanya datang ke masjid apabila azan maghrib telah berkumandang. Jika waktu maghrib sekarang adalah pada pukul 7. 30 malam, datanglah dalam jam 6.30 dan mulalah beramal seperti membaca Istikhoshah, membaca ratib, Al-Quran dsb. ALhamdulillah, semasa sembahyang asar petang semalam, aku melihat beberapa orang ahli jemaah (warga emas lelaki) yang tinggal di luar qariah kami telah datang awal dan sembahyang asar berjemaah di masjid kami.

Pada malam NS, sebagaimana biasa, amalan bacaan Yaasin telah diadakan dan siselangi dengan doa; bagi bacaan yaasin yang pertama diniatkan supaya umur kita dipanjangkan untuk berbuat taat kepada Allah; bacaan yang kedua diniatkan supaya mendapat rezeki (halal)/ dimurahkan untuk memudahkan berbuat taat/ibadat kepada Allah dan bacaan yang ketiga supaya ditetapkan iman oleh Allah. Untuk ingatan, bacaan yaasin kali pertama dan kedua adalah bacaan biasa tetapi bagi kali yang ke-3, hendaklah dibaca dengan bacaan "Yaasin Fadhilat" (kalau nak tahu macammana bacaan yaasin fadhilat, rujuk kitab/ulama lama/dahulu). Seterusnya pada malam tadi Sheikh baca/amalkan bacaan Istikhosah sebab bacaan istikhosah sebelum mabghrib tak lengkap atau banyak yang dipotong/pendekkan (kesuntukan masa kerana lambat mula).

Dalam tausiah Sheikh, beliau menceritakan tentang kisah wali Samson (maaflah jika tersalah ejaan - mungkin aku terpengaryh dengan bacaan sebelum ini mengenai kisah tersebut). Kisah ini agak panjang untuk diceritakan disini. Mungkin aku akan tuliskan pengajarannya sahaja:

a) Berhati-hati dengan wanita (bagi kaum lelaki) kerana musuh-musuh Islam seperti Yahudi, Nasrani, etc akan menggunakan wanita untuk merosakkan iman/akidah/kehidupan kita. Hatta, oarang Yahudi (israel) sendiri rosak kerana wanita.

b) Berwaspada dengan musuh dalaman (orang yang dekat dengan kita). Umapamanya, anak isteri, anggota parti, ahli qariah atau orang kampung sendiri, hatta nafsu dalam diri kita. Banyak sudah kisah-kisah yang mana kegagalan/kejatuahan sesuatu empayar, kaum, puak, parti, qariah, diri adalah disebabkan oleh 'orang dalam' sendiri. Ringkasnya, jangan dedahkan segala rahsia kita kepada semua orang termasuk orang yang hampir dengan kita. Tetapi jika ianya berlaku, anggaplah ia sebagai sunnatullah/ketetapan dari Allah sebagaimana kisah Samson ini yang telah menyatakan kekuatan dirinya terletak pada rambutnya (Baca dengan hati-hati di sini - hakikatnya kekuatan sebenar adalah dari Allah bukan terletak pada sesiapa atau mana-mana anggota (perlu pelajari/fahami ilmu Tauhid di sini). Begitu juga Samson menceritakan 'kekuatannya' kepada isterinya dengan 'izin'/'ilham' dari Allah untuk menunjukkan kekuasaannya dan mengangkat martabat walinya.

c) Samson adalah wali Allah. Setelah ditangkap dan diseksa sedemikian rupa (dipotong telinga, lidah dan mulutnya, dicungkil matanya), Allah berkuasa mengembalikan 'kekuatannya' dengan menyampaikan hajat hamba/walinya itu. Samson menggegarkan tiang dan bangunan dimana ianya diikat sehingga mematikan kesemua musuhnya. Allah telah mengembalikan semula anggota dan pancainderanya (sekali lagi kena baca dengan ilmu Tauhid di sini). Dan sebagai 'balasan', Samson telah beramal/beribadat siang dan malam kepada Penciptanya selama '1000 bulan' (pohon maaf, fakta ini aku tidak jelas - minta disemak semula!). Yang jelasnya ianya (ibadat) Samson beribadat kepada Khaliq dalam satu jangkamasa yang lama....

Apa yang ingin diceritakan di sini adalah apabila sahabat-sahabat Nabi mendengar kisah Samson ini, mereka bertanya kepada Rasulullah bagaimana untuk beribadat seperti Samson dan mempunyai kelebihan sepertinya. Rasulullah sendiri tiada jawapan kepada persoalan itu lalu Baginda bertanya kepada Allah SWT. Seterusnya melalui malaikat Jibrail, Allah turunkan surah Al-Qadr, di mana bagi umat Nabi Muhammad SAW jika dia beribadat pada malam lailatul Qadr, pahalanya menyamai pahala ibadat Samson!. Oleh itu, carilah kelebihan malam lailatul Qadr ini.... Mudah-mudahan kita sama-sama dapat menumuinya, Amin.

Aku juga terpanggil untuk mengikut jejak Al-fadhil Sheikh dalam mempersiapkan diri menunggu kehadiran Ramadhan ini. Bagi Sheikh, beliau telah merancang aktivitinya sebelum menjelang Ramadhan; umpamnya 'merehatkan' diri dengan kurangya/berhenti mengajar di luar, kurang/tidak menegur orang yang mana menyebabkan hati jadi panas/marah... khulasahnya beliau mahu bertenang-tenang menunggu kedatangan Ramadhan. Insya Allah kita semua seharusnya mempunyai perancangan dan membuat persiapan yang rapi dari sekarang sementar menunggu kedatangan Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih 'terisi' (dengan kebaikan) dan lebih bermakna. InsyaAllah, Amin....

No comments:

Post a Comment