Saturday, September 4, 2010

Amanat Pak Sheikh

Salam kemabli..... maaf kerana agak lama tidak berkunjung ke blog sendiri. Almaklumlah, pada bulan ramadhan yang penuh berkah ini, jadual harian serta aktiviti juga berubah.

Pagi ini, saya terpanggil untuk menulis tajuk di atas supaya menjadi peringatan kepada diri sendiri dan yang lain. Amanat ini telah disampaikan oleh Pak Sheikh (Tn. Guru Ustadz Mohd Hafidz) kepada kami semalam bersempena dengan pemberian cenderahati/penghargaan kepada warga yang telah 'menghidupkan' Yaysan Al-Jenderami (YAJ), termasuk Board of Trustee (BOT) YAJ, staf YAJ, guru-guru JISADANI serta individu terpilih yang telah berkorban dan menyumbang buah fikiran/tenaga terhadap program-program YAJ seperti Maulid, dsb. Saya dianggap 'bertuah' juga kerana dipanggil oleh Sheikh untuk menyertai kumpulan ini (kalau tidak salah saya dalam linkungan 30 orang). Walaupun tujuan saya dipanggil sebenarnya adalah untuk urusan lain tapi diri yang kerdil ini, saya rasa ianya satu pengiktirafan dari Allah dan Sheikh. ALhamdulillah, banyak perkara-perkara yang diluar jangkauan fikiran/logik berlaku kepada saya pada bulan Ramadhan kali ini... biarlah ianya menjadi rahsia saya. Harapannya, ianya akan berterusan malah bertambah-tambah lagi pada masa akan datang. Benarlah kata Sheikh (dan para ulama lainnya "siapa tak laluinya dia tidak merasainya" (man lam yazu', lam yazu'). Alhamdulillah!

Amanat Sheikh ini saya kira amat tulus dan dari hati ke hati. Dari riak wajah, gerak badan Sheikh serta berinteraksi dengan kumpulan yang saya fikir 'core' atau 'think-tank' bagi YAJ, semestinya amanat ini amat ikhlas dan tulus. Intipati pesanan Pak Sheikh adalah diringkaskan kepada 3 perkara yang perlu dijalankan/amalkan oleh kita semua para jemaah atau pendukung Islam. Ini hasil perbincangan, pengalaman dan juga pemerhatian dari Sheikh berserta dengan para-para habaib, ulama, tok-tok guru yang didampingi beliau. Tiga perkara tersebut ialah:

1) Ikhlas - para pendukung islam hendaklah menjalankan sesuatu tugasan/kerja dengan penuh ikhlas. Penilaian ikhlas bukan terletak pada kita semata-mata tetapi lebih kepada 'tindakan/kelakuan' kita yang dapat dilihat oleh orang lain samada perbuatan kita itu ikhlas atau tidak. Sebagai individu, kita seboleh-bolehnya hendaklah IKHLAS dalam melakukan sebarabg kerja terutama dalam melibatkan hal-hal ugama.

2) Hemah (cita-cita) - setiap pendukung Islam mesti mempunyai hemah yang tinggi. Dengan adanya hemah tersebut, barulah kita akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat tersebut. Umpamanya di YAJ, salah satu hemah adalah untuk melihat warga emas dan anak-anak yatim hidup dalam suasana agama dan mati dalam iman. Dengan itu, wujudlah kompleks warga emas serta asrama anak yatim.

3) Mujahadah - kalau boleh saya terjemahkan sebagai 'perjuangan'/'pengorbanan'. Sebagai pebdukung Islam, tidak ada erti 'cuti'/'rehat' dalam melakukan kebajikan atau ibadat kepada Allah. Setiap dari kita mempunyai kekuatan yang tertentu kurniaan dari Allah, gunakan kekuata ini untuk berkorban di jalan Allah. Contohnya, sesiapa yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang, sumbangkan kepakaran anda untuk kerja-kerja agama ini.

Sesungguhnya setiap sesuatu yang mula itu akan berakhir. Sebagai contoh, bandar Madinah harum serata dunia ketika pemerintahan Rasulullah SAW tetapi apabila Rasulullah wafat, separuh dari cahaya Madinah hilang. Allah Maha Kaya menempatkan jasad Rasul yang mulia di Madinah dan Alhamdulillah Madinah masih dikunjugi orang hingga kehari ini. Begitu juga dengan Solo, Indonesia; apabila meninggalnya Habib Anis rahmatullah separuh dari cahaya Solo hilang. Kalau dulunya semasa Hahih Anis masih hidup, suasana masjid meriah dan terang, tetapi kini masjidnya suram....

Tuntas, Jenderam pada masa kini dizaman 'kekemasan/kegemilangan', maka terpulang kepada kita samaga untuk menruskan kegemilangan tersebut atau sebaliknya. Sememangnya sunnatullah itu akan terjadi juga suatu hari nanti dimana Jenderam akan 'pudar' atau 'lenyap' terus....itu bergantung kepada kita samada untuk mempercepatkannya atau melambatkannya. Ingatlah generasi anak cucu kita nanti, adakah mereka juga akan bermal dengan kitab-kitab yang kita pelajari sekarang dan beriktikad dengan iktikad Ahli-Sunnah wal jamaah atau sebaliknya? Tepuk dada tanya iman kita..... wallahua'lam!

No comments:

Post a Comment